Home Politik Macam MU kali ini saya pemain kena keluar, kata Fauzi

Macam MU kali ini saya pemain kena keluar, kata Fauzi

Calon Barisan Nasional (BN) P.118 Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique bercakap kepada media pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) Setiawangsa sempena Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) di Bilik Gerakan Barisan Nasional Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 30 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Mengambil analogi pasukan bola sepak Machenster United (MU), Datuk Fauzi Zahari menganggap tidak terpilih sebagai calon satu perkara biasa.

“Contoh dalam pasukan MU, dia punya team sama yang bertukar dia punya coach dan satu dua pemain sahaja..saya salah seorang daripadanya,” ujarnya ketika mengulas dirinya tidak dipilih sebagai calon BN pada PRU-14 ini.

Fauzi merupakan mantan ahli parlimen di Setiawangsa selepas memenanginya dalam PRU-13 lepas.

Pada PRU-14, BN memilih bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai calon BN Setiawangsa.

Mengulas perkara yang sama, Fauzi menganggap pemilihan Zulhasnan sesuai memandangkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu seorang yang berpengalaman luas.

“Kita ada calon berpengalaman luas (Zulhasnan) yang tiga penggal menjadi wakil rakyat dan saya yakin dia cukup arif menangani isu-isu di Setiawangsa,” katanya.

Sebelum itu, Fauzi hadir pada pelancaran Manifesto BN Parlimen Setiawangsa oleh Zulhasnan.

Mengulas bekas Exco Selangor dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nadzmi Nik Ahmad sebagai calon Pakatan Harapan di parlimen yang sama, Fauzi mahu pengundi menilai sendiri prestasi orang luar itu di Setiawangsa.

“BN sudah berakar umbi di sini, calon-calon lain macam Touch n Go, saya yakin pengundi akan periksa latar belakang sebelum buat keputusan (mengundi),” katanya lagi.-MalaysiaGazette