Home Politik Penyertaan Nik Omar bukan tiket mudah untuk menang

Penyertaan Nik Omar bukan tiket mudah untuk menang

Penyertaan Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke dalam Pakatan Harapan bukanlah tiket mudah untuk menang, kata Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Penyertaan Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke dalam Pakatan Harapan bukanlah tiket mudah untuk menang, kata Datin Seri Wan Azizah Ismail.

BUKIT MERTAJAM – Penyertaan Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke dalam Pakatan Harapan bukanlah tiket mudah untuk menang.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata dengan adanya Nik Omar dalam Pakatan, ia mampu untuk mengukuhkan sokongan rakyat, tetapi tiada yang pasti dalam politik.

“Beliau memang mempunyai pengaruh tetapi itu bukan bermakna kita tidak perlu bekerja keras,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Nik Omar membuat kejutan pada hari penamaan calon di Kelantan apabila muncul untuk mengemukakan borang pencalonannya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sebagai calon Amanah, menggunakan logo PKR.

Kerusi DUN Chempaka adalah kubu kuat PAS yang pernah disandang bekas Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, sejak Pilihan Raya Umum kesembilan pada 1995.

Dalam perkembangan lain, PAS telah memecat Nik Omar daripada parti berikutan keputusannya bertanding sebagai calon Pakatan Harapan.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata parti itu mempunyai ‘Pelan B’ jika proses pengadilan Tian Chua tidak berjalan lancar.

“Sudah tentu kami mempunyai penyelesaian alternatif untuk Parlimen Batu. Kami ada strategi kami,” katanya.

Pada hari penamaan calon, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Anwar Mohd Zain mengumumkan Tian Chua tidak layak bertanding untuk kerusi Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan kerana denda RM2,000 yang pernah dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tian Chua yang juga penyandang kerusi parlimen itu telah memulakan saman pemula terhadap Anwar dan Suruhanjaya Pilihan Raya di Mahkamah Duta hari ini.

— BERNAMA