Home Seni Hidup Yuna: Ditipu, dipaksa buka tudung

Yuna: Ditipu, dipaksa buka tudung

Penyanyi, Yuna turut membuat persembahan pada Majlis Penutup Sukan Para Asean KL 2017 ke 9 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 SEPTEMBER 2017.
Penyanyi, Yuna membuat persembahan pada Majlis Penutup Sukan Para Asean KL 2017 ke 9 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPIR – Siapa tak kenal dengan Yuna penyanyi kelahiran Malaysia yang berjaya menempa nama di Amerika Syarikat.

Yuna atau Yunalis Zarai yang agak berahsia tentang kisah suka duka hidupnya itu mendedahkan perkara itu menerusi Insta Storynya baru-baru ini.

Sebelum berjaya, Yuna rupa-rupanya pernah ditipu dan dipaksa untuk membuka hijab jika ingin menjadi artis syarikat rakaman.

Bukan itu saja, Yuna dan pengurus peribadinya itu juga pernah ditipu dan kerugian wang.

“Sayang awak @cheqwawa, tanpa awak saya tak akan berada di sini hari ini…

“Kami sama-sama belajar buat ‘label’ selepas tu sebelum tandatangan kontrak ada yang menolak saya kerana saya memakai tudung….

“Kami hadapi masalah bersama-sama, masalah ketiadaan wang, ditipu, kami sama-sama,” tulisnya.

Tambah Yuna, sekuat mana pun dia berusaha, dia tidak akan dapat lakukan semuanya seorang diri.

“Kami mulakan @yunaroomrecords 10 tahun yang lalu dan sekarang sudah menguruskan artis ‘indi’ tempatan.

“Tidak pernah memandang enteng terhadap kejayaan. Apa yang saya ada hari ini tidak akan berlaku dalam sehari sahaja dan seorang.

“Walaupun bekerja keras tetapi ia tidak akan berlaku jika saya keseorangan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette