Home Politik Kenyataan Ramasamy bukti pembangkang peralat Tun M

Kenyataan Ramasamy bukti pembangkang peralat Tun M

P. Ramasamy

KUALA LUMPUR – Parti pembangkang akhirnya mengakui Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dipergunakan untuk menarik pengundi Melayu menyokong Pakatan Harapan (PH).

Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy itu ternyata bertentangan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang lain yang mendakwa mereka menerima bekas perdana menteri itu disebabkan pengalaman 22 tahun Mahathir dalam kerajaan sebelum ini.

Bendahari MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata, ternyata pemimpin-pemimpin pembangkang selama ini melakukan pembohongan untuk mengaburi mata rakyat.

S. Vell Paari

“Malah, kenyataan beberapa pemimpin pembangkang Mahathir diterima masuk ke PH kerana beliau paling layak menjadi Perdana Menteri juga nampaknya satu sandiwara sahaja,” jelas Vell Paari yang membuat kenyataan itu berdasarkan video ucapan Ramasamy yang tersebar di media sosial.

Kata Vell Paari, video tersebut juga membuktikan Ramasamy seorang pemimpin politik yang tidak mempunyai prinsip dalam politik.

“Hanya kerana kuasa dan kelangsungan politik pembangkang, Ramasamy sanggup menggadaikan prinsip politik beliau dan bekerjasama dengan Mahathir,” katanya sambil mempersoalkan adakah ahli politik yang tidak berprinsip seperti timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu  yang rakyat mahu memimpin Pulau Pinang dan Malaysia. – MalaysiaGazette