Home Ekonomi Harga minyak kembali untung

Harga minyak kembali untung

TOKYO – Harga minyak dunia terus meningkat dalam dagangan hari ini, disokong oleh kenyataan Perdana Menteri Israel yang percaya Presiden Donald Trump akan melakukan yang terbaik dalam menyemak semula rundingan nuklear Iran.

Harga minyak mentah West Texas Intermediate bagi penghantara Jun naik 0.2 peratus kepada AS$68,68 setong manakala harga Brent pula naik AS$0.11 kepada AS$74.80 setong.

Harga minyak melonjak pada hari Isnin apabila Netanyahu berkata Israel mempunyai bukti bahawa Iran berbohong mengenai program nuklearnya selepas menandatangani perjanjian 2015 dengan kuasa global.

Iran menolak tuduhan Netanyahu sambil menyifatkan Israel melakukan “propaganda”.

Trump mempunyai tempoh sehingga 12 Mei untuk memutuskan sama ada untuk mahu menarik semula sekatan terhadap Iran – pengeluar minyak utama dunia.

Harga minyak naik ke paras tertinggi sejak November, 2014 pada akhir April, didorong oleh kebimbangan mengenai potensi gangguan kepada aliran minyak Iran.

Penganalisis berkata, pasaran sangat sensitif terhadap sebarang perkembangan mengenai perjanjian nuklear dan sekatan. – MalaysiaGazette