AFGHANISTAN – Seorang wartawan BBC terbunuh di Khost, timur Afghanistan dalam serangan yang menyebabkan hampir 40 orang mati.
Ahmad Shah, 29, telah bekerja untuk BBC di negara itu selama lebih setahun.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Perkhidmatan BBC World Jamie Angus berkata, Shah adalah seorang wartawan yang dihormati dan popular.
“Ini adalah satu kehilangan dan saya mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad Shah dan seluruh pasukan BBC News Afghanistan.
“Kami akan terus menyokong keluarganya pada masa yang sangat sukar ini,” katanya.
Ketua Polis Khost, Abdul Hanan berkata, Shah telah ditembak oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali dan polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu.
Beberapa penduduk berkata, Shah diserang ketika beliau sedang menunggang basikal.
Dia dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia akibat cedera. – MalaysiaGazette