KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Berhad (PDB) menawarkan pilihan kombo sarapan pagi Morning@Mesra dengan tambahan baru, Mesra Bites iaitu roti stik keju dan roti inti sambal ikan bilis, sambal udang serta seri kaya yang boleh didapati di Kedai Mesra.
Mesra Bites, Kombo sarapan pagi Mornings@Mesra didatangkan dengan 3 variasi pilihan iaitu, Big Bites, Light Bites dan Happy Bites, untuk memenuhi selera ramai dan juga kanak-kanak.
Kombo Big Bites, menawarkan sajian tempatan seperti nasi lemak, mihun goreng, mee goreng, atau kuih dan pilihan minuman sama ada secawan kopi panas, minuman tin Nescafe
atau Milo pada harga RM5.
Bagi yang lebih gemar hidangan menu yang ringkas dan sihat, kombo Light Bites dan Happy Bites memberi pilihan roti Mesra Bites dan minuman bermula pada harga RM3.
Pilihan minuman yang ditawarkan sama ada secawan kopi panas atau minuman tin Nescafe manakala Happy Bites didatangkan bersama minuman berperisa coklat Goodday Charge.
Ketua Perniagaan Runcit, Aadrin Azly berkata, “Morning@Mesra yang dilancarkan pada tahun 2017 mendapat sambutan positif dengan peningkatan sekitar 27 peratus jualan makanan di Kedai Mesra.
“Atas permintaan menggalakkan itu kami mempelbagaikan pilihan kombo sarapan pagi yang juga sesuai untuk kanak-kanak.
“Kombo Happy Bites antara pilihan untuk memupuk tentang kepentingan mengambil sarapan pagi kepada kanak-kanak agar mereka dapat memulakan aktiviti harian dengan lebih ceria, bertenaga dan sihat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kombo sarapan pagi Mornings@Mesra kini ditawarkan di hampir 450 buah stesen Petronas manakala roti Mesra Bites boleh didapati di seluruh stesen itu di Semenanjung Malaysia.
Bagi menjamin kualiti dan rasa, kesemua produk makanan bagi Mornings@Mesra dibekalkan oleh vendor terpilih dalam memastikan sajian ini menepati selera ramai, secara tidak langsungmembantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) tempatan. – MalaysiaGazette