Home Politik Maznah Mazlan berjiwa besar – Shahaniza

Maznah Mazlan berjiwa besar – Shahaniza

Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menangis sambil berpelukan dengan Datuk Seri Maznah Mazlan pada pada majlis pengumuman dan penyerahan watikah kepada calon Barisan Nasional Pahang bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) minggu lalu.
Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menangis sambil berpelukan dengan Datuk Seri Maznah Mazlan pada pada majlis pengumuman dan penyerahan watikah kepada calon Barisan Nasional Pahang bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) minggu lalu.

MARAN – Mereka berdua berpelukan di atas pentas. Agak lama suasana itu dan emosi mula larut apabila ada airmata yang mula mengalir.

Siapa yang tidak sedih, mentor yang membawa anak didik ke kancah dunia politik tidak lagi terpilih menjadi calon Barisan Nasional Pahang bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah bagi Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, rasa hormat buat Datuk Seri Maznah Mazlan tidak pernah luak.

Pada majlis pengumuman dan penyerahan watikah kepada calon Barisan Nasional Pahang bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) minggu lalu, nama beliau diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul.

Beliau terus naik ke pentas menerima watikah. Sempat wanita ini melemparkan senyuman kepada semua yang hadir sebelum berjalan ke belakang melintasi beberapa orang pemimpin lain yang duduk di kerusi.

Temubual bersama calon Barisan Nasional (BN) N.25 Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsudin di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Sentul, Maran, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MEI 2018

Namun tiba-tiba Shahaniza berhenti di hadapan seorang wanita, bersalaman dan kemudian memeluk wanita itu seerat-eratnya.

Beliau menangis sambil tangannya menyeka air mata yang bergenang di pipi. Barangkali itulah adalah saat sukar bagi anak didik yang menjadi seorang idola wanita yang banyak memberikan inspirasi selalu.

Maznah mengejutkan ramai apabila nama beliau tidak tersenarai sebagai calon dan penyandang pada PRU14 di DUN Muadzam Shah.

Kepada MalaysiaGazette, Shahaniza meluahkan rasa kagum dengan jiwa besar Maznah yang sanggup hadir pada majlis itu, duduk di atas pentas dan tersenyum ketika namanya tidak sebut serta diganti dengan calon lain.

“Saya pun belum tentu mampu berdepan situasi itu. Maznah antara mentor dan idola saya dalam dunia politik. Beliau yang memimpin tangan saya dan merintis perjalanan politik saya sejak awal penglibatan saya dalam dunia politik hingga kini.

“Saya masih ingat 18 tahun dahulu kalau bukan kerana Maznah, saya tiadak berada seperti mana saya berada hari ini.

“Beliau yang ke hulu ke hilir membawa saya dalam pelbagai program dan saya diminta untuk memberikan ceramah berkaitan undang tentang hak hak wanita kerana waktu itu saya adalah seorang peguam.

“Habis ceruk rantau pelusok kampung terutama di Rompin saya dibawa bersama untuk bertemu dengan orang ramai,” kata beliau berkongsi cerita.

Ibu kepada lima anak itu menambah, ketika Maznah menjadi Exco Kerajaan Negeri Pahang, beliau begitu teruja melihat gaya pidato yang hebat mentornya itu.

Shahaniza kini menjawat Timbalan Ketua Bahagian UMNO Maran.
Shahaniza kini menjawat Timbalan Ketua Bahagian UMNO Maran.

Jelas Shahaniza, pembabitan awal dalam dunia politik bermula apabila nama dicadangkan kepada Menteri Besar Pahang sebagai Ketua Puteri Pahang yang ketika itu sebagai penaja.

“Bermula penglibatan secara serius saya dalam dunia politik sebagai Ketua Puteri Umno Pahang dan sebagai ahli yang pertama di Pahang, saya diarahkan oleh Ketua Puteri UMNO ketika itu Azalina Othman untuk mencari seribu ahli dalam sebulan.

“Sejak itu saya mula masuk keluar kampung di setiap pelusok Pahang untuk menubuhkan penaja Puteri UMNO. Alhamdulilah, hasilnya kini Puteri UMNO sudahpun menjadi sayap parti UMNO dan berkembang dengan baik.

“Bermula dari itu saya tidak menoleh kebelakang lagi, saya bermula dari bawah sehinggalah dipilih menjadi Ketua Penerangan Puteri UMNO.

“Walaupun tidak terpilih menjadi calon pada PRU 2004, ianya tidak mematahkan semangat saya sedangkan ramai kawan saya di kalangan Ketua Puteri Negeri telah terpilih menjadi calon pilihanraya ketika itu.

“Pada tahun 2008, saya telah dipilih sebagai calon DUN Kuala Sentul dan Maznah juga dpilih sebagai calon Muadzam Shah,” katanya panjang lebar.

Tambah Shahaniza, pada PRU13, beliau berjaya mengekalkan kerusi Kuala Sentul dan begitu juga dengan Maznah.

Namun suasana pilu terjadi ketika majlis perlantikan Exco di Balairung Istana Abu Bakar.

Beliau dipilih menjadi Exco dan menggantikan portfolio yang dipegang Maznah selama ini.

Tiada sedikit pun riak wajah Maznah yang menunjukkan kekecewaan sebaliknya menguntumkan senyuman pada saya.

“Beliau cakap kepada saya, ini waktu awak sambil tersenyum. Malah sangat mengharukan dia melayan saya sebagai Exco sampai hantar sebagai di kereta kerana beliau ADUN biasa ketika.

“Saya tahu dia seorang pemimpin yang jujur dalam memimpin dan pemimin yang melahirkan lebih ramai pemimpin seperti Maznah adalah sukar untuk dicari,” katanya menahan sebak.

Mengiyakan kata Shahaniza itu, beliau kini menjawat Timbalan Ketua Bahagian UMNO Maran, antara jawatan tertinggi buat seorang pemimpin wanita apabila berjaya menepis pengaruh kaum lelaki. – MalaysiaGazette