Home Dunia Cambridge Analytica tutup operasi

Cambridge Analytica tutup operasi

LONDON – Cambridge Analytica (CA), konsultan politik yang terlibat dalam skandal data Facebook ditutup.

“Sejak beberapa bulan yang lalu, Cambridge Analytica telah menjadi subjek pelbagai tuduhan yang tidak berasas dan, walaupun usaha syarikat untuk membetulkannya, kami telah dikutuk bagi aktiviti yang tidak hanya sah, tetapi juga diterima secara meluas sebagai komponen standard pengiklanan dalam talian dalam arena politik dan komersil.

“Walaupun ambridge Analytica tidak berbelah bahagi percaya bahawa pekerjanya telah bertindak secara etika dan sah … liputan media telah menyebabkan hampir semua pelanggan dan pembekal syarikat tidak lagi mempercayai kami.

“Akibatnya, kami tidak lagi berdaya maju untuk terus mengendalikan perniagaan ini,” kata jurucakap CA, Clarence Mitchell.

Firma itu didakwa memperoleh maklumat peribadi secara tidak betul bagi pihak pelanggan-pelanggan politiknya.

Menurut Facebook, sehingga 87 juta data ahli-ahlinya telah diambil dan digunakan oleh CA dan siasatan oleh rangkaian sosial terhadap firma itu masih diteruskan.

“Ini tidak mengubah komitmen dan tekad kami untuk memahami apa yang berlaku dan pastikan ia tidak berlaku lagi. Kami meneruskan siasatan dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkaitan,” kata jurucakap Facebook.

CAtelah dituduh menggunakan data peribadi berjuta-juta pengguna Facebook untuk mempengaruhi hasil pemilihan presiden Amerika Syarikat 2016 dan referendum Brexit United Kingdom.

Firma itu juga menambah bahawa syarikat induknya SCL Elections juga memulakan prosiding muflis. – MalaysiaGazette