Home Utama Malaysia kembali mundur jika pembangkang menang

Malaysia kembali mundur jika pembangkang menang

Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman hari ini, mengesahkan enam daripada 14 calon ketua cabang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti bagi penggal 2018-2021. 
Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman hari ini, mengesahkan enam daripada 14 calon ketua cabang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti bagi penggal 2018-2021. 

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia diramal paling terjejas jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijadual berlangsung pada Rabu depan.Ini kerana Pakatan Harapan dijangka menghentikan beberapa projek pembangunan mega, sekaligus memberi kesan kepada ekonomi negara yang dirancangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Berikut adalah kenyataan penuh oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat bagi Penyelidikan, Penasihat & Teknologi (CREATE), Ng Yeen Seen.

CREATE adalah pusat penyelidikan yang memberi tumpuan kepada pasaran Asia yang berkembang dengan menyediakan perkhidmatan dasar, strategi, perundingan, hubungan pemegang kepentingan, digital dan komunikasi.

Jika Pembangkang menang:

1. ECRL, TRX, Country Garden dan semua projek China akan dihentikan dan Malaysia akan diketepikan dari inisiatif OBOR (Satu Laluan, Satu Jalan).

China akan membeli lebih banyak minyak sawit dari Indonesia dan tidak dari Malaysia.

Projek Terusan Segenting Kara sepanjang 30 km yang dibiayai oleh China untuk menghubungkan Laut China Selatan dengan Teluk Thailand dipercepatkan dan ditingkatkan. Sebuah hab pelabuhan super bakal dibina supaya kapal tidak perlu lagi melalui Pelabuhan Klang.

Masalah industri sawit Malaysia selepas diboikot oleh Kesatuan Eropah akan bertambah buruk akibat diboikot oleh China.

Industri perkapalan kita terutama Pelabuhan Barat dan Tanjung Pelepas akan terjejas dan ramai rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan.

Perkapalan, logistik dan juga pembuatan akan mengalami kemerosotan kerana Malaysia yang terletak di kedudukan strategik antara laluan Laluan Timur dan Barat melalui Selat Melaka akan kehilangan kepentingannya.

Ia menyediakan kos lebih murah bagi pengilang untuk berpindah ke Thailand. Industri 4.0 juga akan mengalami kesan buruk, termasuk Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

2. GST akan dihapuskan dan kerajaan akan kehilangan sejumlah besar pendapatan.

Oleh kerana prestasi Petronas kurang memberangsangkan seperti tahun 80-an dan 90-an dan apabila menjelang dekad pertama tahun 2000, kerajaan perlu mencari sumber alternatif untuk menjana pendapatan.

Penswastaan akan ditingkatkan untuk menjual lebih banyak aset kepada pihak-pihak yang berpotensi melalui pinjaman lebih murah yang dijamin oleh kerajaan.

Hutang negara akan meningkat seperti pada tahun 80-an dan 90-an. Ingat nisbah hutang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa itu?

3. Tol akan dimansuhkan oleh kerajaan dengan membeli semula aset seperti disebutkan oleh Tony Pua.

Tanpa wang dari hasil minyak dan China; dan Timur Tengah tidak sekukuh seperti dahulu kerana kejatuhan harga minyak dan mereka memberi tumpuan kepada projek super seperti Dubai, Qatar dan Bahrain, kini Arab Saudi juga mengalami pemodenan, Malaysia tidak mempunyai cara lain kecuali meminjam wang dari Amerika Syarikat dan pada masa yang sama menswastakan aset lain.

Tanpa GST, ramai pekerja di sektor awam akan diberhentikan untuk bekerja dengan korporat-korporat yang telahpun dibebani dengan kos tenaga pekerja yang tinggi dan berpindah ke luar negara terutama jutawan Cina.

Oleh itu, penswastaan kepada kroni untuk menggaji penjawat awam ini hanya merupakan satu-satunya jalan keluar.

Kapitalisme kroni akan kembali apabila cukai dalam bentuk lain seperti tahun 80-an dan 90-an akan dilaksanakan semula.

Fikirkanlah dengan subsidi minyak pada tahun 80-an dan 90-an, harga minyak pasaran adalah tiga hingga empat kali ganda dari harga minyak mentah Brent.

Sekarang tanpa subsidi nisbah harga dengan Brent hanya 1.3 kali ganda. Jika pembangkang menang, mereka akan menyerap cukai dan mengatakan itu sebagai subsidi untuk mengaburi rakyat.

4. BRIM juga akan dimansuhkan dan golongan B40 akan digalakkan bekerja kuat dan berterima kasih kepada syarikat-syarikat yahg baru diswastakan.

Bagaimanapun, untuk bersaing di peringkat global, syarikat-syarikat yang diswastakan perlu mengekalkan kos rendah dan hasrat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi akan musnah.

Pekerja asing akan kembali seperti pada tahun 90-an dan 90-an untuk bersaing dengan penduduk tempatan dan pelaksanaan revolusi industri 4.0 dialami di seluruh dunia tetapi tidak akan berlaku di Malaysia. NEP (Dasar Ekonomi Baharu) akan kembali kukuh.

Sebelum NEP pada 1974, KDNK per kapita kita hanya di belakang Jepun dan Singapura di seluruh Asia. Pada tahun 2003, KDNK per kapita kita juga lebih rendah daripada Korea, Taiwan dan Hong Kong.

Jika pembangkang mengambil alih, menjelang 2023, kita akan berada di belakang Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Ini kerana apabila China mengalami evolusi dan kos pembuatannya hanya 20 peratus lebih murah dari Amerika Syarikat, negara-negara yang mesra China akan mewarisi ekonomi kos rendah dan ingat, Malaysia bukan salah satu daripada negara tersebut

5. Semua berkata, penswastaan dan kapitalisme kroni akan kembali tetapi hanya pada kali ini, hanya ada sedikit wang hasil minyak untuk membetulkan kesilapan.

Satu-satunya cara ialah mengadakan subsidi palsu yang dibiayai oleh rakyat. rakyat akan menderita dan masih “bertepuk tangan”.

Indeks kebahagiaan akan menjadi KPI utama sementara di sesetengah negara, rakyat yang paling miskin juga adalah yang paling bahagia. – MalaysiaGazette