KUALA LUMPUR – Majlis makan malam amal, ‘An Evening With The Stars Anuar Zain Charity Dinner’ yang sepatutnya yang dijadualkan akan berlangsung di PERSADA, Johor Bahru esok terpaksa dibatalkan.
E&F Event Resources selaku penganjur mengumumkan dalam satu kenyataan memaklumkan pembatalan itu atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.
“Dengan rasa rendah hati, pihak E&F Event Resources selaku pihak penganjur ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat didalam majlis ini terutamanya kepada mereka yang telah mendapatkan tiket untuk menghadiri majlis tersebut.
“Kepada mereka yang telah membeli tiket bagi majlis ini, anda bolehlah mendapatkan semula bayaran tiket tersebut bermula dari 4 Mei 2018 sehingga 4 Jun 2018 daripada pihak E&F Event Resources dengan menghubungi Puan Emi +6012 699 9306, Cik Adda +6011 1142 0411 dan Nan +6017 761 4115 berserta dengan bukti pembelian.
“E&F Event Resources selaku penganjur kepada majlis ini, ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diatas sokongan dan komitmen yang diberikan,” jelas E&F Event Resources di sini hari ini. – MalaysiaGazette