MADRID – Hasrat Arsene Wenger untuk menamatkan karier bersama Arsenal dengan menjulang piala Liga Europa tidak kesampaian apabila tewas 0-1 pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Atletico Madrid, pagi tadi.
Diego Costa muncul wira tuan rumah apabila menyumbat gol tunggal dalam perlawanan di Stadium Wanda Metropolitano, sekaligus mencatatkan agregat 2-1 dan menempah tempat ke final.
Arsenal cuba bangkit selepas kehilangan Laurent Koscielny pada awal perlawanan kerana dipercayai cedera pergelangan kaki.
Bagaimanapun, Arsenal berjuang dengan sehabis daya untuk menyamakan kutipan gol walaupun memulakan perlawanan dengan cantik.
Atletico akan bertemu Marseille di Lyon pada 16 Mei dalam pertandingan akhir Liga Europa yang merupakan kali kelima buat mereka, dalam sembilan musim yang terakhir. – MalaysiaGazette