KUALA LUMPUR – Laluan Kuala Lumpur-Singapura merupakan laluan udara antarabangsa tersibuk dengan 30,537 penerbangan setahun bagi tempoh antara Mac 2017 hingga Februari tahun ini.
Laluan Hong Kong-Taipei berada pada kedudukan kedua (23,704 penerbangan) disusuli laluan Singapura-Jakarta (23,704) pada tempat ketiga, menurut penyedia maklumat penerbangan digital OAG.
Satu lagi laluan udara yang membabitkan Malaysia, Kuala Lumpur-Singapura berada pada tangga kelima (19,849 penerbangan) di belakang laluan Hong-Kong-Shanghai yang menduduki tempat keempat dengan 21,888 penerbangan.
Pengarah Jualan Serantau OAG (Jepun dan Asia Pasifik, Mayur Patel, sebanyak 14 daripada 20 laluan tersibuk dunia, termasuk lapan teratas, adalah antara bandar-bandar di Asia.
“Ia tidak memeranjatkan berdasarkan pengembangan pengembaraan penumpang udara di Asia Pasifik dan persaingan sengit antara syarikat penerbangan serantau,” katanya dalam kenyataan.
Berikutan senarat laluan udara tersibuk dunia:
- Kuala Lumpur – Singapura.
- Hong Kong-Taipei.
- Singapura-Jakarta
- Hong Kong-Shanghai
- Kuala Lumpur-Jakarta
- Seoul-Kansai (Osaka)
- Hong Kong-Seoul.
- La Guardia (New York)-Toronto
- Dubai-Bandaraya Kuwait.
- Hong Kong-Singapura. – MalaysiaGazette