Home Dunia Pentagon diminta timbang pengurangan tentera di Seoul

Pentagon diminta timbang pengurangan tentera di Seoul

Donald Trump
Donald Trump

PENTAGON – Presiden Donald Trump meminta tentera Amerika Syarikat bersedia untuk mengurangkan tentera di Korea Selatan, menurut New York Times.

Bagaimanapun, mengurangkan jumlah tentera Amerika Syarikat di Semenanjung Korea bukanlah agenda dalam sidang kemuncak dalam pertemuan Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dijadual berlangsung pada akhir bulan ini atau awal Jun.

Namun, pegawai Pentagon berkata, perjanjian damai antara kedua-dua negara dapat mengurangkan keperluan 23,500 askar Amerika Syarikat yang ditempatkan di semenanjung itu, kata akhbar tersebut.

Tetapi, penarikan penuh tentera Amerika Syarikat tidak akan berlaku.

Trump berkata, Amerika Syarikat perlu mempertimbangkan pengurangan jumlah tentera di Korea Selatan, kecuali Seoul sanggup menanggung lebih kos. – MalaysiaGazette