Home Nasional Ramai sambut PM di Langkawi

Ramai sambut PM di Langkawi

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melawat gerai pameran dan beramah mesra bersama sebahagian penduduk pada Program Klinik Niaga sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Telaga Walk Pantai Cenang, Langkawi. foto AQIRA AZEMI, 04 MEI 2018.

LANGKAWI – Datuk Seri Mohd Najib Razak meluangkan masa kira-kira 40 minit untuk bertemu dan beramah mesra dengan peserta dan pengunjung program Klinik Niaga di Telaga Walk, dekat sini, petang tadi.

Perdana Menteri tiba kira-kira jam 6.10 petang pada program anjuran SME Corp dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang dihadiri kira-kira 8,000 orang.

Sebaik tiba, beliau melawat setiap bazar dan bertanya khabar dengan peserta dan orang ramai yang mengerumuni beliau selain mengambil kesempatan bergambar dengannya.

Beliau kemudiannya dijadualkan menghadiri Majlis Santai Industri Pelancongan Langkawi malam ini.

Ia sebahagian daripada siri kempen Najib di Langkawi yang mana Pakatan Harapan meletakkan pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon parlimennya. – MalaysiaGazette