Home Politik Saya orang PM bukan Muhyiddin, kata Yusuff

Saya orang PM bukan Muhyiddin, kata Yusuff

Calon Barisan Nasional N.32 Seri Setia, Datuk Yusoff HM Haniff hadir pada Karnival Rakyat Sejahtera & Majlis Pelancaran Program Transformasi Sosial (PTS) di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 06 MEI 2018.

SUBANG – Beliau pernah menjadi setiausaha politik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa tokoh pembangkang itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun ketika Muhyiddin belot dan keluar UMNO, Datuk Yusuff HM Haniff tidak mengikuti jejak bekas bosnya dan memilih jalan untuk terus setia kepada Barisan Nasional (BN).

Walaupun ada kata-kata mempertikaikan kesetiannya namun Yusuff telah membuktikan wala’ kepada parti melebihi daripada individu.

Kini beliau terpilih menjadi calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahaginya kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak.

Yusoff berkata jawatan yang pernah disandangnya pada tahun 2009 sewaktu Muhyiddin masih Timbalan Perdana Menteri tidak bermakna sokonganya terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

“Sebenarnya ramai tidak faham setiausaha politik adalah lantikan daripada Perdana Menteri yang ditempatkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, saya adalah orang Perdana Menteri orang parti yang mentaati perjuangan parti dan demi untuk rakyat segala isu remeh itu kita abaikan sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selesai majlis pelacaran Program Transformasi Sosial (PTS) oleh Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang I hari ini.

Beliau bagaimanapun mengakui wujudnya presepsi negatif terhadapnya ekoran jawatannya sebelum ini namun jumlahnya tidak membimbangkan.

“Ada yang mempertikaikannya tapi jauh di belakang bukan banyak,” tambah Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya itu lagi. -MalaysiaGazette