Home Sukan MU setuju bayar £80 juta untuk Milinkovic

MU setuju bayar £80 juta untuk Milinkovic

Jose Mourinho bersetuju dengan tawaran mahal Lazio ke atas Sergej
Sergej Millinkovic-Savic akhirnya bakal menyertai Old Trafford musim depan

ENGLAND – Jose Mourinho sudah memulakan pelaburan dalam pembelian pemain baharu sebagai persiapan awal bersaing Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Laporan di England mendakwa Manchester United (MU) bersetuju dengan tawaran perjanjian klausa pelepasan £80 juta (RM426.6 juta) dengan Lazio untuk mendapatkan bintang tengah Sergej Milinkovic-Savic.

Persaraan bintang tengah the Red Devils Michael Carrick di penghujung musim ini dan situasi kontrak Marouane Fellaini yang masih tidak menentu di Old Trafford memaksa The Special One ‘mengintai’ pemain baharu.

Pengurus kelahiran Portugal itu kini terdesak untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan the Red Devils untuk kembali merebut gelaran EPL musim hadapan selepas enam musim mengharungi carta liga tanpa gelaran utama itu.

Kini laporan terbaharu the Sun di England melaporkan bahawa Jose Mourinho bersetuju tawaran itu untuk membawa masuk pemain prolifik yang terkenal di Eropah itu.

Selepas Paul Pogba berhijrah dari Juventus dengan nilai £89 juta (RM474.6 juta) dua musim lalu, Milinkovic-Savic akan menjadi pemain kedua Serie A yang akan berhijrah ke Theatre of Dreams musim hadapan.

Pada mulanya Man United enggan memenuhi klausa permintaan yang ditetapkan kelab Serie A, Lazio terhadap pemain Serbia itu.

Namun situasi terdesak memaksa kelab paling bernilai di dunia itu untuk membayar mahal bagi mendapatkan khidmat pemain paling dikehendaki di pentas Eropah ketika ini.

Milinkovic-Savic, 23, antara pemain berkelas dunia yang menjadi keutamaan bekas Jurulatih Real Madrid itu.

Sergej dilihat sebagai pengganti yang sangat sesuai mengisi kekosongan Carrick musim depan untuk menjadi penyerang bakal digeruni Manchester City dan musuh tradisinya Liverpool kelak.

Mourinho sejak awal musim lagi telah menyedari kelekaan kreativiti di bahagian tengah skuad dan berazam untuk menutup segera kebocoran itu.

Sergej mengharungi musim yang terbaik selama tiga tahun lalu bersama lazio selepas menyertai dari kelab Belgium Genk.

Real Madrid yang berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir Juara Juara Eropah musim ini turut mengintai rapat pemain itu.

Bagaimanapun, kebijaksanaan Mourinho menggunakan rakan Chelsea Mateja Kezman untuk mengikat pemain itu.

Hubungan akrab Mourinho dengan Kezman yang merupakan bekas pemainnya berjaya meletakkan Manchester United pada kedudukan terkuat untuk menurunkan Sergej.

Nilai pemain itu dijangka akan melonjak selepas kempen piala dunia Russia 2018.- MalaysiaGazette