Home Dunia Lelaki tembak Menteri Dalam Negeri Pakistan

Lelaki tembak Menteri Dalam Negeri Pakistan

Ahsan Iqbal yang ditembak di lengan dikejarkan ke hospital. foto Agensi

PAKISTAN – Seorang lelaki bersenjata menembak dan mencederakan Menteri Dalam Negeri Pakistan, Ahsan Iqbal ketika sedang melawat kawasan Parlimen di Narowal.

Semasa kejadian Iqbal sedang menyertai perhimpunan di bandar Punjab.

Beliau ditembak di lengan dan telah menerima rawatan di hospital.

Penyerang yang dikenal pasti Abid Hussain, 21, telah ditahan dan siasat.

Suspek dipercayai ada kaitan dengan Parti Tehreek-i-Labaik Ya Rasool Allah – sebuah parti yang menentang keras kelemahan undang-undang dalam mempersendakan tuhan.

Pakistan dijangka mengadakan pilihan raya umum pada 15 Julai ini.

Iqbal adalah ahli kanan Liga Islam Pakistan yang memerintah (Nawaz).

Perdana Menteri Pakistan Shahid Khaqan Abbasi mengutuk serangan itu dan meminta laporan segera berhubung insiden tersebut.

Ketua Pembangkang Syed Khursheed Shah berkata insiden itu “menimbulkan tanda tanya utama mengenai keadaan keselamatan di negara ini” dan berkata keselamatan yang lebih ketat diperlukan untuk pilihan raya akan datang. – MalaysiaGazette