MUAR – Pengundi di Bakri perlu memikirkan kesan jangka panjang tawaran yang dibuat Barisan Nasional (BN) bagi menjadikan Bakri sebagai bandar perabut.
Berikutan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin mahu pengundi Muar bijak dalam memilih parti yang akan mentadbir menegeri itu.
“Saya berharap penduduk di Bakri, Muar khususnya tidak menjejaskan peluang yang ada ini bagi membangunkan Muar secara tersusun khususnya mempunyai industri perabut yang memiliki teknologi pengeluaran, pemasaran yang kompetitif,” katanya.
Khaled yang merupakan calon BN Parlimen Pasir Gudang menyatakan demikian selepas majlis penyampaian Sijil Tawaran Rumah Mampu Milik (RMMJ) kepada 15 penerima di Taman Bakri Setia di sini semalam.
Hadir sama calon Parlimen Bakri, Koh Chon Chai; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan, Lee Kim Heng dan Simpang Jeram, Datuk Mohd. Radzi Md. Amin.
Sementara itu, Khalid berkata, kerajaan negeri merancang membina 2,000 RMMJ menjelang tahun 2020.
Beliau berkata, pihaknya akan memberi perhatian mengenai perancangan tersebut khususnya di daerah Muar bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan. – MalaysiaGazette