Home Ekonomi Harga minyak melonjak

Harga minyak melonjak

NEW YORK – Harga minyak terus meningkat pada hari keempat-empat berturut-turut didorong oleh jangkaan Amerika Syarikat akan mengenakan sekatan semula ke atas Iran.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) naik AS$1.01 atau 1.5 peratus kepada AS$70.73 setong. Ia merupakan kali pertama sejak November 2014 WTI melonjak melepasi AS$70.

Manakala niaga hadapan Brent pula naik AS$1.30 atau 1.7 peratus kepada AS$76.17 setong.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengumumkan keputusan berhubung perjanjian 2015 pada hari Selasa, empat hari lebih awal. – MalaysiaGazette