KUALA LUMPUR – Bekalan elektrik kepada 10,000 penduduk di beberapa lokasi sekitar Setapak dan Wangsa Maju terjejas sejak enam bulan lalu ekoran kerja-kerja pengorekan oleh kontraktor lebuh raya yang sedang dibina di kawasan tersebut.
Sejak November 2017 lagi, 14 insiden kerosakan kabel bawah tanah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenalpasti berlaku akibat kerja-kerja pembinaan berkenaan
Gangguan bekalan berikutan kerja-kerja pengorekan kontraktor itu telah menyebabkan ketidakselesaan serta kerugian kepada pengguna, selain kerugian kepada TNB sendiri.
Sehingga kini, TNB telah mengesan peningkatan perbualan di media sosial mengenai gangguan bekalan berkenaan, selain menerima 550 panggilan di TNB CareLine 15454.
TNB sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447). – MalaysiaGazette