Home Ekonomi Malaysia Airport bersedia laksana sistem pra pelepasan jemaah haji

Malaysia Airport bersedia laksana sistem pra pelepasan jemaah haji

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports bakal memberikan sepenuh kerjasama dan sokongan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam melaksanakan sistem Pra-Pelepasan Jemaah Haji di KLIA.

Inisiatif yang bakal memanfaatkan seramai 36,480 jemaah haji bagi tahun 2018 merupakan satu langkah proaktif terutama bagi pengurusan jemaah yang baru pertama kali menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menurut pengarah urusan Malaysia Airports Datuk Badlisham Ghazali yang menyambut baik pelaksanaan sistem pengurusan yang sistematik dan pantas itu berkata, musim haji merupakan antara musim tersibuk di lapangan terbang.

Bukan sahaja pengurusan kemudahan di lapangan terbang sahaja perlu diambil kira, malah pengurusan penumpang juga turut diutamakan.

Sebagai pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports gembira kerana Malaysia terpilih sebagai negara pertama di dunia bakal menggunakan sistem Pra-Pelepasan Jemaah Haji.

Menerusi inisiatif serta pelaksanaan sistem ini tidak lama lagi, KLIA bakal dilihat sebagai sebuah hab serantau yang dapat memberi pengalaman baru kepada para pengguna terutamanya kepada jemaah haji yang sudah berumur dalam memudahkan urusan mereka dan memberi keselesaan dan menjimatkan masa.

Sebuah kawasan parkir jangka panjang (LTCP) serta perkhidmatan bas shuttle percuma turut disediakan oleh pihak Malaysia Airports sebagai persiapan musim haji serta peningkatan bilangan pengguna di KLIA. – MalaysiaGazette