
KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menang dengan majoriti besar iaitu 15,717 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berakhir jam 5 petang ini.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengalahkan lawannya, calon PKR Narudin Mentali yang mendapat 3,111 undi dan calon Pas, Wan Abdullah yang memperolehi 4,002 undi.-MalaysiaGazette