Home Ekonomi Harga minyak melonjak ke paras tertinggi

Harga minyak melonjak ke paras tertinggi

SINGAPURA – Harga minyak naik lebih daripada 2.0 peratus dengan Brent melonjak 31/2 tahun selepas Donald Trump menarik semua perjanjian nuklear dengan Iran.

Malah, Amerika Syarikat mahu mengenakan sekatan paling tinggi terhadap Tehran.

Niaga hadapan Brent pada satu tahap mencecah paras tertingi sejak November 2014 kepada AS$76.75 setong.

Ia masih berlegar pada AS$76.52 setong, naik 2.2 peratus daripada harga penutup.

West Texas Intermediate (WTI) melonjak 2.1 peratus kepada AS$70.49 setong.

China, pembeli tunggal terbesar minyak Iran.

Niaga hadapan Shanghai mencecah kedudukan paling kukuh dolar sejak ia dilancarkan pada akhir Mei, melepasi AS$73.20 setong. – MalaysiaGazette