Home Nasional Tok Pa, isteri pengundi terawal Parlimen Jeli

Tok Pa, isteri pengundi terawal Parlimen Jeli

Mustapa memasukkan kertas undi dalam kotak undi yang disediakan di pusat pengundian SK Batu Gajah, Jeli.
Mustapa memasukkan kertas undi dalam kotak undi yang disediakan di pusat pengundian SK Batu Gajah, Jeli.

JELI – Datuk Seri Mustapa Mohamed dan isteri, Datin Seri, Kamarzan Ahmed Meah antara pengundi terawal tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, di sini, hari ini.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jeli, tiba di sekolah itu kira-kira jam 7.30 pagi dan membuang undi pada jam 8 pagi.

Mustapa yang berpakaian baju T dan bersongkok masuk ke pusat membuang undi sebaik pintu dibuka dan diikuti isterinya menjadi pengundi kedua membuang undi.

Mustapa bertanya khabar seorang pengundi Parlimen Jeli selepas beliau selesai membuang undi di pusat pengundian SK Batu Gajah.
Mustapa bertanya khabar seorang pengundi Parlimen Jeli selepas beliau selesai membuang undi di pusat pengundian SK Batu Gajah.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, teratur dan tersusun. Terima kasih kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota keselamatan yang menjalankan tugas dengan baik, terutama menjaga keselamatan pengundi,” katanya kepada pemberita selepas membuang undi di SK Batu Gajah.

Beliau yang juga calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri turut bertanya khabar pengundi yang beratur di pusat itu, di samping mengucapkan selamat mengundi kepada mereka. – MalaysiaGazette

 

+ posts