KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 semalam.
“Sejak ambil alih pemerintahan pada tahun 2009, kerajaan telah cuba sedaya upaya meningkatkan kualiti hidup da masa depan.
“Rakyat dapat banyak faedah daripada Barisan Nasional. Namun mungkin apa yang kita lakukan kurang tarikan daripada pihak lawan,” katanya dalam sidang media pertama selepas keputusan PRU semalam.
Hadir sama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau selain itu berterima kasih kepada barisan kepimpinan BN dan akar umbi yang memberikannya sokongan penuh dan berusaha sedaya upaya dalam pilihan raya umum kali ini.
“Di kesempatan ini saya ingin ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pemimpin BN peringkat nasional dan akar umbi rakan-rakan dalam UMNO yang bekerja siang dan malam dalam membuat segala peogram dan kegiatan yang bersabit PRU-14,”ujarnya lagi.
Dalam keputusan PRU, Barisan Nasional hana memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan berbanding PKR 104. – MalaysiaGazette