Home Nasional Cuti umum pada Khamis dan Jumaat

Cuti umum pada Khamis dan Jumaat

Arkib: PRU14. foto FAREEZ FADZIL, 09 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Khamis dan Jumaat sah diisytihar sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Pilihan Raya Umum ke-14.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata, bagi negeri-negeri yang hari kelepasannya adalah Jumaat maka mereka boleh mengambil cuti tersebut pada Ahad, 13 Mei.

“Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 bagi semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Bagi Sabah dan Sarawak pula pengisytiharan cuti tersebut adalah mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing. – MalaysiaGazette