KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggung jawab kerana negara.
“Rakyat Malaysia sudah bersuara dan suara rakyat adalah keramat.
“Selamat maju jaya Malaysia dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggung jawab kepada negara,” katanya dalam posting Twitternya awal pagi tadi.
Mengikut keputusan tidak rasmi setakat jam 12.55 pagi tadi, Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan mengalahkan calon PKR, Roseli Abdul Ghani dengan undi sebanyak 8,463.- MalaysiaGazette