ALOR SETAR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berjaya memenangi semua kerusi mereka tandingi selain menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang di Kedah.
Mahathir menawan kerusi Parlimen Langkawi dengan majoriti 8,893 undi menewaskan penyandang, Datuk Nawawi Ahmad sementara Mukhriz pula menang kerusi Parlimen Jerlun dengan majoriti 5,866 undi menewaskan penyandang, Datuk Othman Aziz dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra dengan majoriti 10,849.
Bagi Kedah, Pakatan Harapan memenangi 18 kerusi DUN sementara BN 3 kerusi dan Pas 15 kerusi.
Keputusan ini bermakna BN tumbang di Kedah.
Difahamkan nama calon Menteri Besar Kedah akan dihantar kepada pihak istana, sementara raptai angkat sumpah dijangka 10 pagi dan majlis angkat sumpah akan diadakan sebelah petangnya.
Ketika ini, belum ada pengumuman rasmi calon Menteri Besar Kedah dan difahamkan kemungkinan Mukhriz akan dilantik jawatan tersebut. – MalaysiaGazette