KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengadap Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi mendapat perkenan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Beliau yang tiba pada jam 4.37 petang disambut sorakan lebih 100 penyokong PH yang menunggu sejak pagi tadi.
Pada kebiasaan majlis angkat sumpah sepatutnya untuk jawatan tertinggi dalam kerajaan diadakan pada pukul 8 pagi namun, tidak diketahui sebab urusan itu ditangguh.
Dr Mahathir dijadualkan mengangkat sumpah pada pukul 9.30 malam ini.
Antara pemimpin PH yang dilihat mengiringi Dr Mahathir iaitu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAN, Mohamad Sabu dan beberapa lagi pemimpin tertinggi PH.
Sehingga kini Dr Mahathir dan rombongannya masih berada di dalam istana – MalaysiaGazette