Ia adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kerja Raya,. Kementerian Pengangkutan,Kementerian Multimedia Sains dan Teknologi dan Kementerian Luar Negara.
Kata beliau, ia bukannya Kabinet yang penuh kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu mempunyai Kabinet yang besar.
“Kami empat pemimpin tertinggi telah bermesyuarat dipengerusikan saya sendiri dan mengadakan perbincangan secara mendalam untuk mengariskan beberapa dasar seperti yang disenaraikan dalam manifesto kami.
“Hasil perbincangan mendalam kami memutuskan buat masa sekarang hendak mewujudkan Kabinet kecil yang melibatkan kementerian penting dan bukannya Kabinet penuh,” katanya dalam sidang media di Yayasan Al- Bukhary di ibu negara.
Tambah beliau, penubuhan Kabinet itu perlu disegerakan.
Ujarnya, mereka berbincang sebagai satu parti dan tidak menamakan nama menteri menteri Kabinet buat masa ini.
“Kami hendak memberi masa kepada parti dalam Pakatan Harapan untuk balik dan bermesyuarat bagi menentukan kementerian mana mereka hendak dimasukkan dan siapa calon tetap.
“Sebentar tadi dalam mesyuarat kami menerima semua cadangan dan esok akan mengadakan mesyuarat penuh Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk menentukan nama-nama yang akan menganggotai kementerian sekarang.
“Saya sudah di sini sebagai Perdana Menteri dan Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri ,” tegas beliau. – MalaysiaGazette