KOTA KINABALU- Keadaan politik di Sabah semakin panas apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hadir ke kediaman Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), DatuK Seri Mohd Shafie Apdal, di sini, hari ini.
Dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berkenaan – ADUN Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat tiba di kediaman Mohd Shafie tengah hari tadi dan meninggalkan tempat itu sejam kemudian.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung tujuan kedua-dua wakil rakyat itu mengadakan pertemuan tertutup dengan Mohd Shafie.
Difahamkan, Abdul Muis dan Hamisa menuju ke Istana Negeri selepas bertemu Mohd Shafie.
Drama politik di Sabah semakin menarik selepas Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman, sudah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri, di sini, malam tadi.-BERNAMA