Home Nasional Pembentukan kerajaan secepat mungkin

Pembentukan kerajaan secepat mungkin

Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail

PETALING JAYA – Mesyuarat Tertinggi Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sedang diadakan di Yayasan Al-Bukhary membincangkan agenda baharu dalam pembentukan kerajan Pusat secepat mungkin.

Setiausaha Agung PKR, merangkap Ahli Parlimen Bandar Baharu Kulim, Datuk Saifuddin Nasution berkata, mesyuarat melibatkan lima pemimpin tertinggi Pakatan Harapan iaitu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mahamad dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sepatutnya hadir ke mesyuarat hari ini tidak dapat melakukannya kerana sedang menghadap Sultan Johor, Tuanku Ibrahim untuk jawatan Menteri Besar Johor.

“Kami tidak tahu tentang agenda mesyuarat itu sama ada ia berkenaan kabinet baharu dan harap selesai sebelum sembahyang Jumaat.

“Saya juga boleh mengeshakan bahawa kehadiran Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun adalah bukan untuk menyertai mesyuarat itu,” katanya kepada pemberita di luar banguna Yayasan Albukhary di sini.

Malah katanya, pihaknya sedia maklum mengenai pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara semalam.

“Sudah tentu dari mesyuarat hari ini banyak urusan berkaitan pembentukan kerajaan baharu dan kerajaan negeri akan harus berlaku dalam masa terdekat secepat mungkin.

“Justeru banyak mesyuarat telah diatur sejak dua hari lepas berkaitan bagaimana untuk memulakan kerajaan baharu dna saya percaya ia mencakupi semua perkara,” tegasnya.

Ditanya mengenai kemasukan media di Parlimen yang dihadkan oleh kerjaan sebelum ini, Saifuddin berkata Pakatan sebenarnya dekat dengan reformasi media menganggap pengamal media komponen penting dalam soal membina negara.

“Media harus dilihat sebagai rakan disebalik segala cabaran dan perjuangan semasa.

“Media harus dilihat sebagai elemen penting termasuk faktor semak dan imbang oleh kerajaan baharu nanti saling menegur.

“Saya berharap pakatan harapan komited dengan prinsip dan panduan itu,” ujarnya.