Home Nasional Najib ambil cuti singkat

Najib ambil cuti singkat

Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. foto SYAFIQ AMBAK, 29 APRIL 2018.
Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. foto SYAFIQ AMBAK, 29 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengambil cuti singkat bagi meluangkan masa dengan keluarganya setelah menghadapi kempen pilihan raya yang sengit yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan baru-baru ini.

“Selepas empat puluh tahun dalam arena politik dan berdasarkan kempen pilihan raya baru-baru ini yang dilihat merupakan satu detik penting dalam sejarah Malaysia, saya mengambil keputusan untuk bercuti untuk tempoh yang singkat dan meluangkan masa bersama keluarga,” katanya dalam akaun Twitter beliau.

Kenyataan tersebut dipercayai dimuatnaikĀ susulan laporan menyatakan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Subang dengan jet peribadi pada pukul 10 pagi ini tular di media sosial malam semalam.

Jat tersebut diterbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perdanakesumua di Jakarta dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Subang pada pukul 6 pagi.

Sementara itu Najib berkata, BN menghormati kehendak rakyat dan komited membantu proses peralihan kuasa dengan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan beliau dan behasrat untuk terus berkhidmat dengan kemampuan yang ada.

Beliau turut memohon maaf terhadap kekurangan dan kesilapan yang ada padanya berdoa agar penduduk di negara ini akan bersatu. – MalaysiaGazetta

+ posts