Home Nasional Ada individu, peniaga dipaksa bayar cukai lebih dari sepatutnya

Ada individu, peniaga dipaksa bayar cukai lebih dari sepatutnya

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan terdapatnya peniaga dan individu yang ‘ditekan’ dengan dipaksa membayar cukai yang lebih daripada sepatutnya ketika era pemerintahan sebelum ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya akan cuba mengganti semula wang yang dikutip secara haram itu, namun, memerlukan mereka yang teraniaya itu tampil memberikan maklumat.

“Kita ingin tahu siapa yang dipaksa ini. Berapa banyak mereka terpaksa bayar dan kita akan cuba ganti balik wang yang dikutip secara haram ini. Kita nak kena tahu daripada mereka sendiri apakah mereka sudah bayar cukai sepenuhnya.”

“Mereka didekati internal revenue (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan dipaksa oleh internal revenue supaya bayar. Dan kalau tak bayar, mereka akan didera dengan di blacklist (senarai hitam), tak boleh keluar negara dan ada kala pasport ditarik balik atau raids (serbuan) diadakan, buku akaun dirampas dan mengganggu perniagaan,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sesi penerangan kepada RTM dan Bernama di kediamannya di Seri Kembangan di sini, hari ini.- BERNAMA