Home Sukan Turan digantung 16 perlawanan

Turan digantung 16 perlawanan

Arda Turan kini dipinjamkan ke kelab Basaksehir di Liga Turki oleh Barcelona.
Arda Turan kini dipinjamkan ke kelab Basaksehir di Liga Turki oleh Barcelona.

BARCELONA – Pemain tengah Barcelona yang dipinjamkan ke Basaksehir di Liga Turki, Arda Turan menerima hukuman berat digantung 16 perlawanan dan juga denda gara-gara menolak pembantu pengadil.

Hukuman 10 perlawanan adalah kerana kesalahan menyerang pembantu pengadil manakala tiga lagi penggantungan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pembantu pengadil serta baki penggantungan adalah kerana ugutan ke atas pembantu pengadil.

Turan juga memaki hamun penjaga garisan yang tidak memberikan faul kepadanya walaupun ulang tayang video menunjukkan penjaga garisan melakukan perkara yang tepat.

Turan turut didenda £7,000 ataupun 39,000 lira.

Insiden itu berlaku pada perlawanan menentang Sivaspor pada 4 Mei lalu.

Penggantungan ini pastinya membuatkan Barcelona pening kerana ia akan membuatkan mereka sukar untuk menjual Arda Turan secara tetap ke Basaksehir.

Jika Basaksehir mahu mendapatkan Arda Turan, mereka mungkin tidak akan menepati hara harga yang dikehendaki oleh Barcelona kerana penggantungan 16 perlawanan itu.

Turan menyertai Basaksehir pada Januari lalu dan kedua-dua kelab ada memasukkan klausa pembelian tetap.

Barcelona ketika itu tidak mampu mendapatkan angka yang mereka mahukan kerana Turan kurang aksi. – MalaysiaGazette