Home Ekonomi Bursa susut dalam dagangan pagi ini

Bursa susut dalam dagangan pagi ini

Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia susut dalam dagangan awal selepasĀ  dibuka semula awal pagi ini.

Pada pukul 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 44.30 mata kepada 1,802.21 mata.

Antara kaunter-kaunter yang rugi adalah Malaysia Airports Holdings Berhad, CIMB Group Holdings, Axiata Group Bhd., My E.G. Services Bhd., Kuala Lumpur Kepong Bhd, Gabungan AQRS Bhd. dan George Kent (M) Bhd.

FBM KLCI ditutup kepada 1,846.51 mata pada hari Selasa lalu selepas melonjak 18.31 mata.

Bursa ditutup pada hari Rabu lalu sempena PRU14 dan cuti tambahan Khamis dan Jumaat. – MalaysiaGazette