Home Utama Kerajaan belum mansuh GST

Kerajaan belum mansuh GST

Kementerian Kewangan hari ini menafikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan bermula 1 Jun ini seperti mana yang ditularkan di media-media sosial.
Kementerian Kewangan menafikan mengeluarkan kenyataan yang kononnya GST telah dihapuskan.

KUALA LUMPUR- Kementerian Kewangan hari ini menafikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan bermula 1 Jun ini seperti mana yang ditularkan di media-media sosial.

Hari ini heboh di media sosial mengenai sebuah kenyataan akhbar yang kononnya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang mengatakan GST akan dimasuhkan dan dalam masa yang sama tiada cukai baharu yang dikenakan sepanjang dua tahun pertama pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan masih belum menetapkan tarikh untuk memansuhkan GST.

Di samping itu, kementerian tersebut juga meminta semua peniaga mematuhi perundangan semasa berhubung GST.- MalaysiaGazette