Home Nasional Kontrak Irwan Serigar dipendekkan, pindah ke JPA

Kontrak Irwan Serigar dipendekkan, pindah ke JPA

Kontrak Ketua Setiausaha Perbendarahaan (KSP), Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dipendekkan kepada 14 Jun ini dan berkuatkuasa hari ini beliau dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Kontrak Ketua Setiausaha Perbendarahaan (KSP), Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dipendekkan kepada 14 Jun ini dan berkuatkuasa hari ini beliau dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

KUALA LUMPUR – Kontrak Ketua Setiausaha Perbendarahaan (KSP), Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dipendekkan kepada 14 Jun ini dan berkuatkuasa hari ini beliau dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata, Irwan dengan itu tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai KSP atau apa-apa perkhidmatan berkaitan Kementerian Kewangan.

“Irwan dilantik secara kontrak berkuatkuasa 7 Mac 2017 sehingga 6 Mac 2019.

“Bagaimanapun kerajaan telah memutuskan kontrak beliau dipendekkan sampai 14 Jun ini,” katanya.

Selain KSP, Irwan juga merupakan Pengerusi 1Malaysia Development Bhd., Bandar Malaysia dan The Razak Exchange (TRX). -MalaysiaGazette