Home Sukan Michael Carrick bakal ganti Rui Faria

Michael Carrick bakal ganti Rui Faria

Rui Faria akan meninggalkan Old Trafford
Michael Carrick bakal menggalas tugas penolong pengurus Manchester United.

MANCHESTER – Michael Carrick bakal dilantik sebagai penolong pengurus Manchester United bagi menggantikan Rui Faria yang akan meninggalkan Old Trafford dalam masa terdekat, lapor the Sun.

Pengurus United, Jose Mourinho difahamkan tidak akan mencari pengganti Faria buat masa ini tetapi menunggu Carrick yang akan menggantung but untuk menyeryai Mourinho.

Carrick diberi penghormatan dalam aksi penutup tirai Liga Perdana Inggeris musim 2017/2018 semalam dengan menewaskan Watford 1-0 di Old Trafford.

Mourinho berkata, dia akan menyusun pasukan kejurulatihannya sementara menantikan penolong baharu.

“Saya akan memiliki penolong jurulatih, jurulatih kecergasan dan struktur yang mana kita mempunyai pakar dalam setiap sudut yang berhubung kait dengan prestasi pasukan.

“Saya berpendapat Michael Carrick mempunyai masa depan kelab ini.

“Apabila Rui meninggalkan kelab selepas 17 tahun bersama saya, saya tidak mempunyai sesiapa di dunia bola sepak ini untuk menjadi penolong saya.

“Jadi saya memilih untuk menstruktur semula,” katanya. – MalaysiaGazette