Home Ekonomi Pasaran saham ditutup tinggi

Pasaran saham ditutup tinggi

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pasaran saham tempatan hari ini ditutup tinggi selepas berdepan tekanan jualan pada awal dagangan pagi tadi.

Pada penutup 5 petang, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 3.91 mata kepada 1,850.42 selepas dibuka pada 1,814.45 mata susut 32.06 mata.

Kaunter untung mengatasi rugi adalah sebanyak 930 berbanding 405.

Penganalisis berkata, kejatuhan signifikan pasaran pada awal dagangan tidak berlarutan.

Hari ini adalah hari pertama pasaran dibuka selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksikan pemerintahan baru Pakatan Harapan.

Penyertaan belian pelabur institusi tempatan sejumlah RM1.714 bilion, pelabur asing RM624.5 juta dan runcit RM462.6 juta.

Manakala jualan pula sebanyak RM1.424 bilion bagi institusi tempatan, RM520.8 juta pelabur runcit dan RM855.7 juta pelabur asing.

Jumlah dagangan yang aktif hari ini menyaksikan dagangan harian melonjak kepada 6.58 bilion saham bernilai RM7.31 bilion. – MalaysiaGazette