Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah diarahkan untuk bercuti dari tugasnya sementara menunggu siasatan terhadapnya selesai.
Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, tugas-tugas Apandi akan diambil alih oleh Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek yang turut mempunyai kuasa untuk terlibat dalam jawatankuasa pengampunan.
“Kedudukan Peguam Negara ini sukar sedikit kerana dia baru sahaja diberikan kontrak baru.
“Kita perlu ikut undang-undang, soal penggantungannya perlu beberapa tindakan dan disebabkan itu Apandi hanya diberikan cuti,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK), hari ini.