Home Ekonomi Shahrir Samad letak jawatan di Felda

Shahrir Samad letak jawatan di Felda

Felda
Tan Sri Shahrir Samad dikatakan telah meletakkan jawatan dan sebuah majlis perpisahan diadakan di Menara Felda hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Samad dikatakan telah meletakkan jawatan hari ini.

Sebuah majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan hari terakhirnya di Menara Felda di sini.

Tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh agensi tersebut malah mereka juga tidak menjawab panggilan dan pesanan Whatsapp daripada MalaysiaGazette.

Shahrir dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Januari tahun lepas bagi menggantikan Tan Sri Isa Samad yang meletakkan jawatan.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bharu gagal mempertahankan kerusinya pada pilihanraya umum yang lalu apabila tewas kepada calon Pakatan Harapan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir dengan majoriti 19,782 undi. – MalaysiaGazette