ZURICH – Para pendakwa raya persekutuan Switzerland berusaha melakukan perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia bagaimana untuk mempercepatkan siasatan dakwaan rasuah yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Pejabat Peguam Negara Switzerland hari ini.
“Selepas perkembangan terbaharu di Malaysia, Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) sangat-sangat berminat memperbaharui dialog dengan pihak berkuasa Malaysia.
“Dalam usaha mewujudkan bentuk kerjasama yang berkesan dan memastikan koordinasi siasatan jenayah yang baik OAG memilih pertukaran rakan antara pihak berkuasa pada masa yang sesuai secepat mungkin,” kata jurucakap OAG menerusi e-mel, lapor Reuters.
Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada Khamis lalu berikrar melakukan siasatan terhadap skandal 1MDB dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bersubahat atau mendapat manfaat daripada rasuah dana itu.
Sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat dan Switzerland sedang menyiasat dakwaan AS$4.5 bilion (RM17.8 billion) telah disedut daripada 1MDB. – Reuters