PEKAN – Selepas tertunggu-tunggu siapa Menteri Besar Pahang selepas PRU-14 akhirnya terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sah dilantik di sini hari ini.
Beliau mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Pahang dihadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar.
Pelantikan Wan Rosdy itu bagi menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob walaupun sebelum itu nama ADUN Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin disebut-sebut.
Adnan menjadi Menteri Besar Pahang sejak tahun 1999 sehingga sebelum PRU-14 baru-baru ini.
Pada PRU-14, Wan Rosdy yang menyandang DUN Jelai sejak tahun 2004 menang dengan majoriti 3,507 undi mengatasi calon Pas, PKR dan PSM.-MalaysiaGazette