Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan sepenuhnya dari Hospital Rehabilitasi Cheras tanpa perlu ke Penjara Sungai Buloh semula esok.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya difahamkan bahawa proses pembebasan Ketua Umum PKR itu akan bermula dari hospital beliau sedang menerima rawatan fisioterapi setelah pengampunan itu diperakukan oleh Lembaga Pengampunan yang akan bersidang 11 pagi esok.