Madrid – Bintang Real Madrid, Christiano Ronaldo telah mencadangkan kepada kelab itu agar menggugur lima pemain bagi persiapan musim depan.
Portal sukan Sepanyol, Do Balon melaporkan, apa yang mengejutkan, nama Gareth Bale yang pernah dikaitkan dengan Manchester United dan Chelsea turut berada dalam senarai penggguguran itu.
Empat pemain lain adalah Dani Ceballos, Marcos Llorente, Jesus Vallejo dan Borja Mayoral.
Cadangan Ronaldo itu mungkin menjadi kenyataan kerana Presiden Real, Florentino Perez turut bimbang mengenai isu pemain berusia di dalam pasukannya.
Prestasi hambar pada aksi La Liga musim ini menimbulkan spekulasi bahawa Zinedine Zidane mungkin dipecat hujung musim ini.
Namun prestasi Real di pentas final Liga Juara-Juara bakal menjadi penentu kedudukan Zidane di Santiago Bernabeu.
Real akan bertemu Liverpool di Kiev, Ukraine pada 27 Mei ini.
Anak buah Zidane mensasarkan untuk mempertahankan trofi tersebut buat kali ketiga berturut-turut. – MalaysiaGazette