Home Seni Hidup Jadi duta produk tak jejas jualan – Izreen

Jadi duta produk tak jejas jualan – Izreen

Fotografi bersama Duta Produk Magika, Izreen Azminda pada Majlis Pelancaran Produk Magika Arfgan Cleansing Flakes (MACF) di Ara Partners, Taman Melawati, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 MEI 2018
Fotografi bersama Duta Produk Magika, Izreen Azminda pada Majlis Pelancaran Produk Magika Arfgan Cleansing Flakes (MACF) di Ara Partners, Taman Melawati, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Pelakon Izreen Azminda menepis tanggapan negatif pelantikannya sebagai duta Magika Argan Cleansing Flakes (MACF) akan menjejaskan jualan produk itu di pasaran.

Wanita berusia 32 tahun itu menjelaskan, dia percaya sambutan tinggi terhadap sesuatu produk bergantung kepada kualiti dan manfaat kepada pembeli.

Pengasas Produk Magika Arfgan Cleansing Flakes (MACF), Azura Baharudin (tengah) bersama Duta Produk Magika, Izreen Azminda (dua kanan) dan suaminya, Ude Wahid (kanan) bergambar kenangan pada Majlis Pelancaran Produk Magika Arfgan Cleansing Flakes (MACF) di Ara Partners, Taman Melawati, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 MEI 2018
Pengasas Produk Magika Argan Cleansing Flakes (MACF), Azura Baharudin (tengah) bersama Duta Produk Magika, Izreen Azminda (dua kanan) dan suaminya, Ude Wahid (kanan) bergambar kenangan pada Majlis Pelancaran Produk Magika Arfgan Cleansing Flakes (MACF) di Ara Partners, Taman Melawati, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 MEI 2018

Jelas ibu seorang anak itu, jualan produk MACF dijana oleh stokis dan ejen yang telah mendapat kepercayaan pembeli sejak tujuh bulan lalu.

“Saya yakin pembeli akan abai kontroversi diri saya kerana produk MACF semakin dikenali apatah lagi mudah dibawa kemana-mana.

“Lagipun saya sudah ada kehidupan sendiri dan cukuplah dengan kontroversi selama ini.

“Saya ingin jalani kehidupan dengan tenang dan ada keluarga dan anak untuk dibesarkan,” katanya.

Dia ditemui pihak media selepas majlis pelantikan sebagai duta MACF selama enam bulan iaitu produk pencuci muka kertas ajaib yang pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi terkini.

Ia merupakan sekeping kertas bila dititik air akan bertukar menjadi buih untuk mencuci muka.

Sementara itu, Izreen sebelum ini teruk dikecam netizen hingga terpaksa menyahaktifkan laman sosial Instagramnya.

Semuanya gara-gara suaminya, Ude menceraikan isteri pertamanya pada Mac lalu di mana sebelum itu mereka berkahwin secara rah sia pada November tahun lalu.

Mengulas lanjut, Izreen turut menjelaskan ketika kontroversi itu, kontraknya sebagai duta produk Meeracle kebetulan turut berakhir dan bukannya dia ditamatkan kontrak.

Namun pelakon kelahiran Perlis itubersyukur kerana dia dan suami semakin bahagia menjalani kehidupan rumahtangga dan tidak berhasrat berkongsi secara terbuka dengan masyarakat.

“Menjelang Ramadan ini, saya mahu buang perkara negatif dan ambil yang positif sahaja.

“Pada masa sama, saya maafkan semua orang yang mengutuk dan mencaci saya selama ini.

“Mereka tidak berada di tempat saya dan mungkin tidak tahu hal sebenar.

“Berilah peluang saya jalani hidup normal dan bagi saya, bila kita maaf orang dalam keadaan sukar itu kebahagiaan yang abadi,” katanya.

Pada 22 Mac lalu, ikatan perkahwinan selama lima tahun pasangan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, terlerai apabila dia melafazkan talak satu terhadap Intan Liana Salleh, 33.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, tiga tahun, serta Ariq Muqri, satu tahun.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Hiduplah normal. Tak Payah jadi artis. Public figue semua orang nak ambil tahu

  2. Kenapa masih dalam industri kalau semua orang dalam industri pun awak tak follow. Memang betul tangkai jering si Izreen ini. Kalau semua kau anggap musuh dalam dunia industri anak seni. Tunggu apa lagi tinggal je lah dunia seni supaya boleh hidup normal seperti orang biasa-biasa sahaja.

Comments are closed.