Home Ekonomi Ketidaktentuan pasaran dijangka berlaku

Ketidaktentuan pasaran dijangka berlaku

Menurut sumber dalaman, sehingga kini tiada sebarang perubahan di dalam PNB dan Tan Sri Abdul Wahid Omar masih kekal di agensi pelaburan itu.

KUALA LUMPUR – Prestasi pasaran kewangan negara semalam lebih baik daripada jangkaan awal kerana didorong pacu oleh asas ekonomi negara masih kukuh.

Sektor perkhidmatan dan pembuatan terus memacu ekonomi dengan masing-masing menyumbang sebanyak 55 peratus dan 23 peratus daripada Keluaran Dalam negara Kasar.

Bagaimanapun, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar menjangkakan ketidaktentuan pasaran saham akan terus berlaku memandangkan banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam pengurusan kewangan/fiskal kerajaan.

Semalam penanda aras FBM KLCI ditutup 3.91 mata lebih tinggi kepada 1,850.42 setelah turun ke paras terendah 1,800 mata pada awal pagi.

Di pasaran matawang, ringgit Malaysia kembali ke paras 3.95 berbanding dollar Amerika Syarikat setelah turun ke paras 3.99 di awal pagi.

Di pasaran bon pula, kadar pulangan sekuriti hutang kerajaan Malaysia dengan tempoh matang 5 tahun meningkat sedikit kepada 3.8655 peratus berbanding 3.8283 peratus pada 8 Mei 2018.

Abdul Wahid berkata, keseluruhan reaksi pasaran kewangan adalah lebih baik daripada jangkaan awal disebabkan peralihan kuasa kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu terlaksana secara lancar dan aman.

Menurutnya, mandat besar yang telah diberikan kepada Pakatan Harapan yang bukan sahaja memenangi majoriti kerusi Parlimen tetapi juga berjaya menguasai kesemua kerajaan negeri-negeri kecuali Sarawak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Ini membolehkan kerjasama dan koordinasi yang lebih baik antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri

“Keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukannya, termasuklah Majlis Penasihat yang dianggotai oleh orang-orang ternama Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Merican, Tan Sri Robert Kuok dan Profesor Jomo Kwame Sundaram,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selain, katanya, komitmen awal kerajaan untuk mempertingkatkan tadbir urus, memerangi rasuah dan mengamalkan polisi-polisi mesra perniagaan dan mesra rakyat. – MalaysiaGazette

+ posts