Home Utama PH tak terburu-buru mahu Anwar jadi PM

PH tak terburu-buru mahu Anwar jadi PM

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan perkarangan lobi utama selepas berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 15 MEI 2018
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan perkarangan lobi utama selepas berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 15 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak akan terburu-buru dalam melaksanakan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah berkata, pelantikan itu dijalankan mengikut perancangan asal iaitu pada pertengahan penggal di bawah pemerintahan kerajaan PH.

Isteri Anwar itu mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menyarankan adalah ‘tidak bijak’ untuk tergesa-gesa melantik Anwar menggantikan Perdana Menteri sekarang, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, peralihan kuasa itu seharusnya berlaku ketika pertengahan penggal.

“Tak, memang itu salah satu daripada apa yang kita rancang,” katanya ketika ditemui pemberita semasa meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras petang tadi.

Justeru, buat masa ini, katanya, segala proses memajukan negara di bawah kepimpinan Mahathir berjalan lancar.

“Kita juga mengusahakan perubahan yang diinginkan terutama reformasi yang diketengahkan bersama,” tegas beliau.

Ditanya mengenai keadaan Anwar, Wan Azizah menjelaskan, menjelang pengampunan dan pembebasan esok, kesihatan ketua Umum PKR itu kini beransur pulih.

“Dia ok, beransur pulih sebab esok nak dibebaskan..ceramah esok juga insya Allah, tapi tak tahu lagi jam berapa akan dibebaskan,” kata Wan Azizah. – MalaysiaGazette

Tergesa-gesa serah jawatan PM kepada Anwar tindakan ‘bodoh’